Thursday, August 15, 2013

KEKURANGAN


 
     Makna kekurangan ialah tidak memilikki seperti orang lain memilikki. Dalam konsep psykologi saya sendiri, kekurangan itu sesuatu ketidaksempurnaan yang perlu diubah oleh diri sendiri atau sesiapa untuk menjadi sempurna. Itu adalah kekurangan.

     Kita sentiasa di dalam lingkungan kekurangan. Apa yang kita rasakan sempurna ia hanyalah kesempurnaan yang dibuat. TIADA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI. Walaupun ayat ini sentiasa kedengaran dalam pelosok masyarakat namun mereka hanya berkata tetapi tidak mempercayainya. Mereka sebenarnya tidak dapat terima atas kekurangan itu. Tidak dapat memahami ketidaksempurnaan itu. Mereka hanya pandai berkata-kata. Hakikatnya mereka sendiri menganggap kekurangan itu sebagai kelemahan yang tidak dapat diubah. Oleh sebab itu, kes bunuh diri, kelar tangan, gantung diri. Banyak dalam masyarakat kita.

     Silap ! Silap ! Silap ! Kekurangan itu ialah sesuatu perkara yang menarik yang perlu diubah supaya ia menjadi kesenangan orang yang berada disekeliling kita. Biarlah ketidaksempurnaan itu menjadi tanda ia adalah diri kita. Dari segi apa pun. Misalnya, perangai,fizikal atau tabiat. Jadikan kekurangan kita itu satu kelebihan diri kita yang orang lain tidak ada kekurangan seperti kita ada. Serapkan dalam diri keyakinan yang mengatakan kekurangan ini akan ditampung oleh orang aku sayang atau kekurangan aku ini akan aku simpan supaya ia sentiasa menjadi diri aku. Mungkin juga kekurangan ini perlu aku ubah agar aku akan lebih yakin untuk melangkah seorang diri.

     Jangan malu jika kita mempunyai kekurangan. Itu adalah menarik. Orang akan pandang kita atas kekurangan kita. Itu bermakna kita bukan berada di dunia fantasi atau alam bunian. Apa yang penting tidak perlu terlalu memperkotak-katikkan kekurangan seseorang itu. Pandang pada diri sendiri. Cerminkan diri dan cari kekurangan diri sendiri. Mungkin kita lebih banyak kurangnya dari orang lain yang perlu diubah.

     Saya mempunyai kekurangan iaitu penyakit asma. Tidak tahan sejuk. Tidak tahan panas. Tidak boleh berada dalam keadaan habuk, asap, dan jerebu. Saya terpaksa berada dirumah sedangkan saya perlu melakukan kerja yang penting. Saya yakinkan diri bahawa kekurangan ini bukan saya yang minta, mungkin ada hikmahnya. Hikmahnya, ramai yang mengambil berat tentang saya. Saya rasa disayangi dan dijaga. Keluarga dan kawan-kawan. Mereka tidak menganggap kekurangan saya itu satu masalah tapi satu tanggungjawab. Saya sangat hargainya. :) . Sentiasa fikirkan positif atas ketidaksempurnaan anda. Pasti kehidupan itu lebih indah.



           *KEKURANGAN ITU SANGAT MENARIK*   :)

No comments:

Post a Comment