Friday, April 6, 2012

the our live





Assalamuailaikum dan salam sejahtera pada kalian..

Saya memperkenalkan diri hanya cukup sekadar panggilan Intan.Saya masih seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.. sye ulang SPM.. Tapi kat sini sye bukan lah nak menceritakan tentang kehidupan sye.Kehidupan seorang insan yang bernama manusia.Memang! Saye juga akui memang yang dinmakan manusia itu sentiasa melakukan kesilapan atau kesalahan.Namun pernah atau tidak kalian menbedakan istilahnya kesalahan atau kesilapan?Yang mana bagi kalian tidak mampu kalian memaafkan?Kesilapan atau kesalahan?Tepuk dada tanya selera.

Ini sekadar intro sahaja.Sejujurnya saya ingin mencukil lebih detail lagi tentang kesilapan.kesilapan dalam kehidupan seharian.Baru-baru ini saya selalu digemparkan dengan pelajar-pelajar yang sudah terlanjur atau sudah mengandung dan lebih diluar jangkaan ialah baru berusia 16 tahun sudah kahwin.Bagaimana perasaan mereka?Tidakkah mereka terfikir walau pun sedikit sahaja tentang masa depan yang sedang tunggu mereka lalui.Saya pernah bertanya kepada seorang pelajar yang sudah terlanjur.Dia menjawab semua orang pernah terlanjur dan semua orang mahukan itu.

Pendapat dia saya ambil secara positiv.. positivnya,Kita sememangnya punya nafsu.Tapi kita tidak sepatutnya meletakkan nafsu itu sebagai punca kita membuat kesilapan.Kebanyakkan jugak pelajar-pelajar yang semakin meliar disana sini.Bagaimana kita ingin atasi?Bagaiman kita mahu mengawal?

Saya sering tertanya-tanya pada diri sendiri.Mahu salahkan siapa?Ibu yang mengandung?Ayah yang menjadi pemimimpin keluarga?Atau diri sendiri yang mengejar keseronokkan?Mari kita berbincang mengapa mereka sering terjebak dengan kehidupan sosial ini.

PERTAMA:Ibu bapa kurang memberi perhatian.Ibu bapa jugak kurang tegas terhadap anak-anak.Mereka tidak punya ilmu bagaimana untuk mendidik anak-anak mereka.Sedangkan kita juga selalu menyebut bahawa anak seperti sehelai kain putih yang mencorakkannya ialah anda.Anda sebagai ibubapa.Ataupun ibubapa mereka memang datang dari keluarga yang hidupnya sosial?Mana tahu kan?

KEDUA:anak-anak yang mementingkan keseronokkan.Mereka ingin mencuba dan terus mencuba.Terpengaruh kawan-kawan.Lebih mendengar cakap orang luar.Tidak matang dalam membuat keputusan.mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain.Tidak malu dengan masyarakat.


NAH!!!inilah sya cuba terangkan.. kenapa ramai pelajar bawah 18 tahun mudah terjebak.Kita memang tidak boleh salahkan ibu yang mengandung.Kita juga tidak boleh menunding jari pada si anak.Mereka lahir suci tanpa dosa..Ayuh kita berfikir sejenak..Mana pemuda pemudi yang gigih untuk membangunkan negara nanti?sampai kapan kita hanya menunjuk orang disana dan disini?

Itu sahaja buat santapan istirehat anda,, Wassalam.. ^^



(cahaya mencari)