Tuesday, June 25, 2013

PENGKHIANAT



   Saya tahu saya masih muda untuk membicarakan tentang khianat, akan tetapi saya merasakan pengkhianatan itu berlaku dalam pelbagai cara. Antara kawan dengan kawan, saudara dengan saudara, adik-beradik atau manusia dengan makhluk yang hidup di bumi ini. Pengkhianatan berlaku apabila sebelah pihak yang bersifat dengki atau iri hati kepada sebelah pihak yang lain dengan berniat untuk menjatuhkan atau memalukan pihak tersebut. Itu yang dinamakan pengkhianatan.

       Saya menulis atas pengalaman, kalau bukan atas pengalaman pun saya atas keadaan sekeliling saya. Benar kata kalian jika mahu menyoalkan tentang usia saya dengan pengalaman yang saya ada. Akan tetapi kalian juga harus ingat pengalaman seseorang itu bergantung atas apa yang dia alami yang tidak akan sama apa yang orang lain alami. Kita takkan tahu siapa yang menjadi pengkhianat kita. Kadang-kadang kawan baik sendiri pun boleh jadi pengkhianat. Asalkan dia mempunyai sifat dengki dan iri hati atas apa yang kita milikki atau apa yang kita lebih dari dia itu sudah cukup untuk menimbulkan sifat yang jahil yang akan merosakkan hati umat nabi Muhammad.

         Betapa sakitnya hati kita ketika kita mempercayai seseorang lalu dikhianati atas dasar perasaan iri hati saja. Seolah-olah kita tiada siapa untuk dipercayai lagi. Terasa keseorangan kerana takut untuk dikhianati lagi. Bayangkanlah jika anda yang barada ditempat saya. Saya seperti dipinggirkan, dan menjadi pendendam. Namun perasaan itu hanyalah sementara, saya kuatkan hati saya dengan berkata "JIKA AKU JATUH SENDIRI MAKA BANGUN JUGA SENDIRI" ..Hanya itu yang menguatkan saya yang masih kecil dalam dunia ini.

         Pengubat pada pedengki ialah sentiasa tersenyum dan merendah diri. Jangan terlalu ambil hati dan sentiasa melakukan perkara yang tidak bersua muka dengannya. Kuatkan iman dan hati. Rendahkan diri dalam setiap perkara. Jauhkan sifat dengki dan iri hati. Jangan rosakkan hati dengan sifat jahil. "Anda buat anda dapat" 


                                                   WASSALAM.  :)

Sunday, June 16, 2013

LELAKI ITU.

Pertama sekali, saya memohon maaf pada sesiapa yang tidak bersetuju atas post ini. Saya membuat dengan ikhlas tanpa ingin mengaibkan sesiapa dan menerima segala kiritikan yang diberikan. :)

       Ketika saya bertemu lelaki itu, saya menggambarkan dia sebagai ayah saya. Bibirnya tidak pernah lekang daripada nasihat dan teguran. Air liur yang dia keluarkan hanya untuk mengajar kami erti kehidupan. Dia berpesan kalau kita sengsara hanya kita bersendirian. Kesengsaraan sendiri hanya kita yang merasai. Jadi kita perlu bertapak pada kaki kita sendiri. Tidak perlu mengharapkan orang lain. LELAKI ITU yang berkata.

      Selama beberapa jam saja saya merasakan pelbagai pesanan yang diberikan. Tanpa sejarah kita tidak akan jadi apa yang kita inginkan dan akan lahinya sejarah baru. Mula-mula saya tidak faham apa yang dia cuba sampaikan. Setelah dia memberitahu bahawa kejayaan dan pengalaman itu dalah hidup kita dan sejarah itu yang dicipta oleh kita sendiri baru saya mengerti sebenarnya jika kita tidak mencipta sejarah yang baik dalam hidup kita pastinya sejarah yang bakal dilahirkan nanti tidak akan menjadi baik. LELAKI ITU yang berkata.

            Dia seorang yang sangat berpengalaman. Aura tersendiri datangnya dari LELAKI ITU.
      
       Seorang yang berkarisma bersama membawa sejarah dan pengalamannya menujukkan apa yang telah diketahui tidak akan berkira kepada anak-anaknya. Percakapannya menunjukkan apa yang berada difikiran. Itulah yang dinamakan kebijaksanaan. Seorang lelaki yang bersahaja, sentiasa tenang dengan ilmunya. LELAKI ITULAH.

       Lagi tinggi tiang bendera itu lagi kelihatan benderanya. Begitulah manusia, lagi tinggi ilmunya lagi kelihatan kelebihannya. Tambahnya lagi, Jika ingin mendaki gunung biarlah mendaki gunung yang tinggi. begitulah manusia, jika ingin mencapai sesuatu biarlah tinggi impiannya. LELAKI ITULAH. 


           Saya berbangga kerana dipertemukan dengan dia. Mungkin pertemuaan kami bisa membawa saya kepada apa yang saya cuba capai. Ini sahaja yang cuba saya garapkan tentang dia. LELAKI ITULAH AYAH A.G.I .... :)



                                       (CAHAYA MENCARI)        


       

Thursday, June 13, 2013

PUTUS ASA.

           

           Haai .... :)  ... Susah nak cakap kan.. Biasalah baru nak mulakan keadaan yang baru. Terasa macam kecewa ada, sakit hati ada, putus asa pun ada... hhmm.. Macam mana nak cakap erk... Tak boleh nak gambarkan. Apa yang pasti saya dalam keadaan gundah gulana. Huhuhu.. Memang susah kita nak sesuaikan diri kita untuk hidup dalam keadaan yang semuanya serba baru. Hanya susah bukannya tak boleh kan ? :) ..

          Saya boleh dipanggil penipu kalau saya katakan yang saya mampu hidup dalam keadaan yang baru. Saya manusia juga. Perempuan. Sukr bagi saya yang berumur baru setengah jagung untuk hidup berdikari. Basuh baju pun saya kena basuh sendiri. Selalunya mesin basuh yang basuhkan di rumah. Hahaha. Sudah hampir sebulan saya berada di sini. Keadaan yang memaksa belum lagi saya tempuhi. Saya harap saya sudah bersedia. 

          Perbezaan keadaan akan membuatkan diri seseorang itu menjadi berbeza dengan diri dia sebelumnya. Begitu juga saya. Perasaan putus asa itu hampir menjadi sebahagian hidup saya. Ketika saya masih bersekolah dan sedang menduduki SPM, perasaan itu telah saya pecahkan dengan semangat yang mengatakan "aku juga mampu dibanggakan oleh semua orang" . Saya pernah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, dan saya juga tidak sesekali untuk putus asa. Putus asa itu adalah semangat saya. Bila saya gagal ramai orang yang pinggirkan saya, merendahkan kebolehan saya, tapi saya tidak sesekali ucapkan perkataan putus asa. Saya tahu kemampuan saya.

         Ikhtihanya, apa jua yang kalian pernah hadapi jangan keluarkan putus asa itu dari bibir kalian. Itu menunjukkan kalian sebenarnya sudah memberi hidup kalian kepada nasib yang sepatutnya kita yang mngubahnya. :) . Ingat ! Gagal itu bukan pembunuh kita. Tapi pembunuh kita ialah PUTUS ASA. 


                                       WASSALAM ... :)

Monday, June 10, 2013

KEJUTAN BUDAYA

   

      Masalah kejutan budaya kepada dunia remaja yang berada di ipta atau di ipts itu sebenarnya sudah menjadi kebiasaan masyarakat. Mereka menganggap itu adalah salah satu cara untuk menonjolkan diri atau mempamerkan diri di khalayak ramai. Kebanyakkan general yang mengalami kejutan budaya ini ialah remaja perempuan. Mereka terlalu asyik dengan dunia pemodenan ini. Mungkin juga mereka sudah jauh dari pandangan keluarga. Kebebasan itu sudah menjadi di luar batasan mereka sendiri.

       Kejutan budaya ini dipengaruhi oleh orang yang berada disekeliling kita sendiri tanpa kita sedari. Antaranya, kawan-kawan , majalah, atau orang lain yang berada hampir dengan mereka. Setengah pendapat , kejutan budaya ini ialah perasaan yang membuak-buak terhadap budaya terkini yang ingin mereka ikuti tanpa memikirkan akibat dan kesan terhadap diri sendiri. 

          Kejutan budaya ini memberi kesan terhadap diri sendiri,, keluarga dan masa depan. Misalnya, kita akan lalai terhadap pelajaran. Selain itu, kita akan dipinggirkan kawan-kawan. Seterusnya, kita akan terpesong dengan agama kita sendiri. Beringatlah, kesan kejutan budaya ini tidak memberi manfaat langsung pada diri kita sendiri malah sangat merugikan.

          Kita perlu jadi diri sendiri walau di mana kita berada. Cara ini dapat mengelak kita dari dijangkiti kejutan budaya. Bukan itu saja, kita pasti disukai orang jika kita menjadi diri sendiri. biar orang menilai kita dari segi apa pun. Apa yang penting adalah kita kenal siapa kita.
WASSALAM.

                                                       (CAHAYA MENCARI) :)

Tuesday, June 4, 2013

KEMATANGAN.

       

        KEMATANGAN. Sifat yang perlu ada dalam diri seseorang itu untuk dia bangunkan diri dia sendiri. Namun sifat itu bukanlah ada pada usia dewasa. Sifat itu bergantung pada pengalaman dan dugaan yang telah dia tempuhi dalam hidup dia. Kematangan mempunyai pelbagai aspek,misalnya kematangan dari segi percakapan,pemikiran,perbuatan,atau cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Cukuplah saya memberi sedikit intro untuk kalian memahami sifat itu.
           

         Bila orang kata umur yang belasan tahun ini adalah dalam lingkungan kanak-kanak dan undang-undang juga meletakkan umo bawah dari 18 tahun adalah kanak-kanak. Meskipun begitu, saya memandang mereka pada arah yang berlainan. Mungkin pada latar belakangnya, keadaan sekelilingnya, dan mungkin juga kisah silamnya. Itu semua bergantung pada diri sendiri yang alami.

          Pada diri saya, saya menganggap kematangan itu sangat perlu untuk diri saya,untuk diri saya, dan untuk diri saya. Saya memerlukan pemikiran yang lebih besar dari umur saya sendiri. Sedangkan waktu itu kawan-kawan saya seronok keluar sana-sini dan tidak perlu fikirkan apa-apa. Saya tak menganggap apa yang saya tangungjawabkan itu sebagai beban. Saya menganggap itu adalah satu batu loncatan terhadap kehidupan saya untuk saya lebih kehadapan,lebih maju, dan lebih berpengetahuan dari kawan-kawan sebaya saya. Orang yang melihat saya atau baru mengenali saya atau juga orang yang menilai saya dari segi luaran, saya berani yakin mereka pasti akan melihat saya tidak mempunyai masalah. Saya mesti berfikir secara rasionalnya dan kesannya jika saya melakukan langkah itu atau langkah ini. Ini sebenarnya sangat menggunakan daya berfikir yang tinggi.


           BACA BAIK-BAIK.

   (KALAU SAYA MAHU GEMBIRA, SAYA PERLU SENYUM, JIKA SAYA MELIHAT ORANG GEMBIRA MELIHAT SENYUMAN SAYA, SAYA PASTI AKAN GEMBIRA.)

            FAHAM??? Kenapa harus memberitahu orang. Saya tidak merasakan orang akan memahami.

      Nasihat saya, jangan menilai diri seseorang itu dari segi luarannya. Perhatikan latar belakangnya atau kisah silamnya. Orang yang sentiasa berfikir sifat yang negatif itu sebenarnya tidak ada sifat kematangan itu.


                             Wassalam.

Saturday, June 1, 2013

MENGUASAI.

  Perkataan yang menjadi tajuk pada perbualan saya ialah KUASA. Apabila ditambah imbuhan   perkataannya menjadi berlainan. Contohnya, dikuasai atau menguasai. Kalau saya tidak menerangkan maknanya lebih dalam saya sangat yakin pembaca pasti mengetahui.
   
   Niat saya bukan untuk memberitahu makna tentang KUASA, tapi mengenai keadaan yang menguasai orang. Tidak ! Tidak ! Tidak !. Anda silap. Bukan keadaan yang menguasai masyarakat tapi masyarakat yang menguasai keadaan. Jangan menilai sesuatu keadaan itu jika kita belum pernah dudukinya. Jangan memandang keadaan itu yang telah menjadi seseorang yang negatif tetapi diri kita sendiri. Menilai seseorang itu pada akalnya, ilmunya, dan tatsusilanya. 
  
   Menjadi seorang bijak sangat mudah pada pandangan psikologi dengan cara kita kena bijak menguasai keadaan, orang di sekeliling dan diri kita sendiri. Selepas itu barulah kita mampu menjadi orang mampu berdiri tanpa dibantu oleh sesiapapun. Cara menguasai itu juga penting, kita takkan dapat tunjukkan pada orang yang menilai kita dengan tanggapan negatif jika kita tidak lakukan sesuatu yang dapat mereka rasa kita sebenarnya telah berada di atas secara tidak langsung. Saya tak faham pada orang yang selalu menilai tanpa mendekati, tanpa dirasa, disentuh. Melihat tidak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku. 

    Orang yang sentiasa menilai diri seseorang itu hanya dari melihat saja, dia sepeti cermin sihir yang jahat. Keadaan pada sesuatu tempat bukan menyebabkan seseorang itu jauh dari agama atau tabiat yang buruk. Kalau nak jadi jahat dekat mana-mana pun boleh. Apa yang penting diri kita. Pandailah jaga baiklah diri.

     Saya tekankan lagi sekali untuk pembaca mengetahui bahawa BUKAN KEADAAN YANG MENJADIKAN MANUSIA JAHAT, TAPI MANUSIA SENDIRI YANG MENCIPTA KEADAAN ITU. MANUSIA ITU YANG SEBENARNYA JAHAT. Jadi jangan memandang rendah pada orang, dan jangan memberi tanggapan yang tidak baik. Kita tak tahu masa  depan kita. Tapi kita mampu mngubahnya. Jangan jadi manusia tanpa berfikir. 



                                     WASSALAM. :)