Saturday, November 28, 2015

MASA

Masa. Kehidupan terlalu singkat untuk memikirkan apa orang kata apa orang fikir tentang kita , apa akibatnya, bagaimana masa depan kita. Kehidupan terlalu pendek untuk fikirkan kesedihan yang lalu, zaman silam yang jahil, perbuatan jahat yang kita lakukan. Namun semua itu dimanipulasi oleh MASA. Masa yang mengajar kita untuk lebih tabah lebih kuat lebih sabar lebih matang dalam setiap langkah yang diatur oleh MASA. 

Aku sedang mengemas barang untuk pulang. Masa menunjukkan aku sudah habis satu semester. Masa cuba memberitahu bahawa aku ada lagi di sini dua tahun setengah lagi. Masa cuba bercakap bahawa ingatlah apa yang jadi pada semester ini keadaan yang lepas jadikan pengajaran. Sedang sedang kemas , aku buka satu persatu gambar yang ku tampal di dinding, penguat semangat aku. Senyuman yang manis, mata yang seakan akan melihat aku. "Ayah, anak perempuan ayah dah besar oleh kerana mada" . 

Kita tak sedar pun masa berlalu, seakan aku daftar masuk di sini baru semalam. Tapi dah banyak kenangan aku cipta. Di tempat baru, orang baru, keadaan baru,dan kehidupan baru. Semua kerana masa. Masa yang aku penuhk hanya gelak tawa , prngalaman yang indah yang kelakar, yang boleh buat aku ketawa. Cepat MASA berputar.

Aku di sini masih berdiri sambil tersenyum mengejar masa, menanti masa dengan senyum tawa aku untuk orang orang yang aku sayang. Aku selitkan sedikit kenangan pahit agar aku bisa belajar dari kesilapan itu. Tak banyak yang perlu aku katakan, pada yang bercuti selamat bercuti,  pada yang bekerja teruskan bekerja. Pada yang belajar, capai cita cita mu.

Tak boleh update bebanyak lelama, tengah kemas barang nak balik nak jumpe mak. Hahahah bai. ❤️

Wednesday, November 4, 2015

AKU MEMBESAR



Kadang kadang aku rasa , ya allah cepat nya masa berlalu cepatnya dunia berputar cepat nya aku melangkah, dulu aku ingat lagi masa sekolah rendah, lari dari sekolah balik rumah, nangis nangis, pastu lari dari rumah masa darjah enam, masa tu ntah apa la aku fikir. Aku fikir orang taksayang aku. Bila ingat balik, aku rindu saat tu, kalau boleh putar balik, waktu tu nak saja aku cakap kehidupan aku dah cukup terindah dengan kasih sayang mak dan abang abang aku, selalu kene marah nan abang abang aku, itu tak kene ini tak kene sume serba salah, asik asik kene rotan kene denda, aku selalu nangis sebab aku fikir diaorang buat semua tu sebab diaorang tak suka aku, sampai pernah aku terfikir dulu aku ni betul ke anak kandung atau anak buangan, dulu aku selalu mengeluh tentang kehidupan aku tak macam orang lain, anak anak diaorang dapat apa yang dia nak, bahagia dapat perhatian dari keluarga, semua keluarga yang uruskan. Hhmm masa waktu kecil dulu aku tak minta banyak, luluh dalam hati aku cuma nak perhatian.


Aku semakin membesar, bila berada sekolah menengah, aku hilang punca, aku lost, aku tak tahu mana harus aku pilih, baik atau buruk, harus banggakan mak atau malukannya, masa tu sangat memberontak. Memberontak tu bukan sebab tak dapat apa yang nak, tapi cuma nak perhatian, cuma nak bagi tahu apa yang rasa dalam hati, cuma nak cakap rindu ayah, tapi tak kesampaian, masa sekolah menengah dulu tah mana hala berkawan, akademik merosot, ponteng kelas, lawan cikgu, ntah la nak cakap, malu kan mak lagi, macam macam kes buat. Patutnya perempuan sopan santun , lemah lembut, pandai bawa diri, ni tak. Hhmm, cuma nak satu je,perih dalam hati nak cakap cuma nak perhatian je. 


Lama lama, aku makin membesar, baru aku sedar, apa yang diajar, apa yang diberi, apa yang didenda, semua kerana apa yang akan aku jadi sekarang. Aku lebih berdikari dalam kehidupan, tak perlu meminta minta, aku matang dalam menyelesaikan masalah, aku bijak dalam buat keputusan, aku tahu mana yang adil dan tidak, aku pandai dalam menjaga persaaan dan memujuk hati, aku berani suarakan pendapat dan menyimpan rahsia. aku tahu kehidupan susah aku mengajar aku banyak benda dalam keadaan aku membesar. Aku membesar pada asalnya yang aku rasa mereka tak sayangkan aku dan sekarang aku bersyukur dengan denda pukulan marahan mereka terhadap aku sangat berguna hingga sekarang. 


Aku semakin membesar, kini aku berumur 20 an, dan aku sedang belajar untuk menjadi insan yang berbakti kepada negara, dan menjadi anak yang membanggakan mak dan keluargaku, yang akan menjadi contoh pada anak-anakku, bahawa "KEGAGALAN YANG DULU, KEJAHATAN YANG DIBUAT, BUKAN UNTUK SELAMANYA" 
Pasti ada satu hari nanti saat kita menangis dan bersyukur atas kejatuhan kita, cuma aku semakin membesar dan aku masih mahukan perhatian mereka. Selalu duduk kat tingkap bilik kolej aku ni, selalu fikir apa yang aku lakukan masa dulu, dan apa yang aku belajar tentang  itu, kadang kadang aku nangis, aku tak sedar semua tu yang membuat kan aku membesar . Cepatnya YA ALLAH masa berlalu. 


Dan aku semakin membesar, saat ni aku belajar untuk tahu kepercayaan pada kawan, yang mana satu sahabat dan aku belajar untuk buang sifat iri hati , hasat dengki, dan suburkan perasaan kasih sayang, dan sebarkan kebahagian diri pada orang lain, lukiskan senyuman walaupun hati disakiti, kecekalan pada hati, dan niat sebenar untuk kehidupan,pertama letak ALLAH, dan berikutnya. Aku belajar untuk percaya setiap manusia ada pasangannya, dan aku pernah kecewa dulu, dan aku digantikan dengan lelaki yang baik hatinya, lembut percakapnnya, dan garang tegas perilakunya, terima kasih berada di sisi aku, harap kau berada waktu susah senang kita,Haf-yana. 


Dan sekarang Aku SEDANG MEMBESAR, Aku masih mencari erti sebenar kehidupan, aku masih belajar untuk hidup ke arah jalan Allah, aku masih berdoa agar aku diberi kekuatan dan keimanan dalam hati aku untuk aku berubah kearah kebaikan, aku masih berjalan dengan berpimpinkan tangan tangan, dan ada yang berada dibelakang ku jika aku jatuh. Terima kasih semuanya, yang pernah datang dalam hidup ini, dan yang pernah pergi, semua itu telah membuatkan aku kuat. Terima kasih pada yang masih berada di sisi, terima kasih mak, abang abang, dan awak juga,

Nasihat untuk adikku yang kini membesar, belajar la untuk hidup susah, suapay senang untuk didik isteri dan anak anak, mungkin bukan sekarang hikmahnya, nanti pasti datang. Belajar hidup besyukur, belajar hidup bagaimana mahu menjaga perasaan sendiri tanpa susah kan orang lain. Sayang semua. Rindu. ❤️







Thursday, August 27, 2015

DIRI

Cuba tundukkan diri, rendahkan hati, kesatkan mata, senyumkan bibir. Saat ini cuma mak, dan Tuhan saja yang tahu. Ada masa diri jatuh tapi gagah bangun, ada masa diri jatuh tapi jatuh dan jatuh. Konsep diri ialah di mana keadaan sendiri, hidup yang dirahsiakan, pengalaman yang cuba dilupakan, kenangan yang cuba ingin dikembalikan, perasaan yang perlu dijaga, dihargai, diterima. Walaubagaimana pun, diri yang dinamakan manusia ini mana mungkin ia sempurna, mana mungkin mampu lakukan apa saja. Hilang dek akal untuk gembirakan hati orang. Asal diri cuba. Hidup diri. Hidup seorang. Bila diri cuba bangun dari keadaan hitam yang lepas. Cuba berdiri cuba guna kaki cuba guna tangan, cuba guna senyuman, masih jua diri ditolak digempak gempurkan, masih di terajang di tampar, di tunjuk salah, masih diri ini berdiri,walau apa juga hidup cuba datang. Kita sebagai manusia. Bukan Hak kita untuk salahkan siapa melainkan salahkan diri kita, melainkan salah hidup kita, diri yg cuba mencorakkan hidup. Namun ada sedikit terguris garisan hitam yang tak mampu dipadam oleh pemadam, namun masih mencari corak yang menarik untuk cuba menggembirakan hati. 

Kehidupan ini adalah diri yang menjadi pelakun utama, yang mencipta pembantu untuk pelakun utama, yang mencari plot permulaan klimaks dan akhir jalan cerita. Yang melukis keindahan dan malangnya hidup. Apa yang pasti bukan cerita apa atau kenapa? Tapi yang penting siapa yang mula? Kalau bukan diri? Ambil saja jiwa dam raga, tarik saja kesakitan dan kepedihan. Biar kosong, biar tanpa sembuh, biar hidup tapi mati, biar berdiri tapi tak pasti, tetap diri akakn perjuangankan apa yang diri afa asalkan dapat gembirakan hati. Bukan kehidupan ini diwujudkan untuk meratapi kesedihan semata, bukan untuk menyesali apa yang diri telah buat, bukan untuk fikir apa orang kata, bukan berdiri kerana pujian manusia, bukan berlagak berlapang dada jalan tanpa fikir siapa dibawah, bukan hidup tanpa ada kehidupan lain yang perlu dijaga, bukan itu. Bukan masing masing bermasam muka dan sombong tidak mahu mengalah, bukan berlari seorang diri tanpa pegang tangan sesiapa. Ingat diri. Allah ciptakan kita untuk apa? Kuat bukan untuk kita tapi untuk agama dan kehidupan nanti.
Memang. Siapa yang faham? Siapa yang tahu? Siapa yang mahu tahu? Siapa yang hendak tahu? Mestikah tahu? Perlu? Memang. Memang itu yang patut wujud untuk diri tanya. Siapa diri? DIRI!!! 
Diri? Hahahahaha. Jawab saja pada diri. Siapa kita? Kita jatuhkan orang lain. Cuba mencari kesempatan atas masalah , kesusahan,kesedihan? Untuk apa? Siapa kita diri yang bodoh dan tidak sempurna. Hanya tahu mendabik dada. Membabi buta. Hanya gelak ketawa pada orang susah. Hanya senyum sini pada mereka yang menangis. Hanya itukah matlamat dalam diri yang sebenarnya dicipta sebaik baik ciptaan Allah yang dicipta untuk bahagiakan diri bahagiakan orang lain.  

Kali ini biar ringkas tapi biar sentap pada diri. Ilmu ni dinilai dari segi bagaimana digunakan, bagaimana dijaga dan rendahkan diri. Jika diri penuh ilmu di dada tapi masih tersenyum dan hidup bangga diri. Perlu ilmu itu dihormat? Fikir. Kita hidup bukan untuk penuhkan hati dengan hasat dengki, iri hati, dan benci. Tapi biar sematkan diri dengan senyuman, gembira dan bahagia. Sematkanlah kecantikan dalam diri. Biar ia keluar dan merebak diseluruh dunia. Biar mereka yang memijak kita tahu, kita berdiri bukan kerana ada tangan dibelakang, tapi kita berdiri tegap kerana senyuman, kecantikan, kebijaksanaan, pengalaman, kebahagian, kemaafan, dan kehidupan yang serba indah, dicorak warna warni, yang cantik indah dipandang.

Berbahagialah pada diri sementara masa masih ada. Senyumanla untuk semua kehidupan sementara kita masih terima udara. Senyumlah. 😊❤️