Friday, September 13, 2013

KEKUATAN



     Strong. Strong. Strong. Itu adalah kekuatan. Kekuatan yang kita sendiri pupuk dalam diri itu yang membuatkan orang lain akan Nampak kita sebagai orang yang kuat. Bukan maksud saya kuat dari segi fizikal, tapi kuat dari segi mental dan sifat yang sedia ada mahupun kita cipta sendiri. Kekuatan bermaksud perasaan yang ada dalam diri yang mampu menguasai orang atau keadaan sekililing. Jika ada kekuatan ini kita mampu menjadi seorang yang sentiasa berada di hadapan dan orang lain akan mengejar anda untuk mencari kekuatan itu. Itu yang namanya kekuatan.
 
     Dari segi pandangan saya, kekuatan itu ialah sifat seseoarang yang mampu mengendalikan mental dan fikirannya sendiri. Kekuatan itu sedang berada di dalam setiap hati manusia. Tuhan menciptakan hati ini dan diberikan kekuatan untuk kita hidup. Orang sering berkata "AKU TIDAK KUAT UNTUK MENEMPUH SEMUA INI" atau "KUATKAH AKU UNTUK AKU HADAPINYA". Salah sama sekali. Kekuatan itu sebenarnya sudah ada dalam diri kamu. Cumanya kamu perlu cari. Di mana kekuatan itu berada. Di mental anda ? atau di fizikal anda? atau pada orang lain yang memberi sokongan kepada anda? Fikirkan sendiri.

     Kalau kamu kuat bukan saja kamu boleh menguasai keadaan sekeliling malah kamu bisa menguasai dunia. Dengan hanya kekuatan mental kamu. Buat apa kamu menyusahkan diri dan meratapi diri hanya kerana dibuli. Cari kekuatan mental itu untuk mengalahkan mereka yang tidak memahami kamu itu. Jika kamu begini dan begitu, itu masalah kamu. Bukan mereka. Kenapa harus memikirkan diri orang lain jika kamu gembira dengan apa adanya diri kamu. Apa yang penting kekuatan kamu untuk kamu mempertahankan diri kamu. Kekuatan untuk melawan diri mereka yang telah menjatuhkan anda.

     Bangun ! Bnagun ! Bangun ! Bangun.. Ciptalah kekuatan unutk diri sendiri supaya kamu tidak selalu diperlekehkan. Itu namanya KEKUATAN . :) ....

Thursday, August 15, 2013

KEKURANGAN


 
     Makna kekurangan ialah tidak memilikki seperti orang lain memilikki. Dalam konsep psykologi saya sendiri, kekurangan itu sesuatu ketidaksempurnaan yang perlu diubah oleh diri sendiri atau sesiapa untuk menjadi sempurna. Itu adalah kekurangan.

     Kita sentiasa di dalam lingkungan kekurangan. Apa yang kita rasakan sempurna ia hanyalah kesempurnaan yang dibuat. TIADA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI. Walaupun ayat ini sentiasa kedengaran dalam pelosok masyarakat namun mereka hanya berkata tetapi tidak mempercayainya. Mereka sebenarnya tidak dapat terima atas kekurangan itu. Tidak dapat memahami ketidaksempurnaan itu. Mereka hanya pandai berkata-kata. Hakikatnya mereka sendiri menganggap kekurangan itu sebagai kelemahan yang tidak dapat diubah. Oleh sebab itu, kes bunuh diri, kelar tangan, gantung diri. Banyak dalam masyarakat kita.

     Silap ! Silap ! Silap ! Kekurangan itu ialah sesuatu perkara yang menarik yang perlu diubah supaya ia menjadi kesenangan orang yang berada disekeliling kita. Biarlah ketidaksempurnaan itu menjadi tanda ia adalah diri kita. Dari segi apa pun. Misalnya, perangai,fizikal atau tabiat. Jadikan kekurangan kita itu satu kelebihan diri kita yang orang lain tidak ada kekurangan seperti kita ada. Serapkan dalam diri keyakinan yang mengatakan kekurangan ini akan ditampung oleh orang aku sayang atau kekurangan aku ini akan aku simpan supaya ia sentiasa menjadi diri aku. Mungkin juga kekurangan ini perlu aku ubah agar aku akan lebih yakin untuk melangkah seorang diri.

     Jangan malu jika kita mempunyai kekurangan. Itu adalah menarik. Orang akan pandang kita atas kekurangan kita. Itu bermakna kita bukan berada di dunia fantasi atau alam bunian. Apa yang penting tidak perlu terlalu memperkotak-katikkan kekurangan seseorang itu. Pandang pada diri sendiri. Cerminkan diri dan cari kekurangan diri sendiri. Mungkin kita lebih banyak kurangnya dari orang lain yang perlu diubah.

     Saya mempunyai kekurangan iaitu penyakit asma. Tidak tahan sejuk. Tidak tahan panas. Tidak boleh berada dalam keadaan habuk, asap, dan jerebu. Saya terpaksa berada dirumah sedangkan saya perlu melakukan kerja yang penting. Saya yakinkan diri bahawa kekurangan ini bukan saya yang minta, mungkin ada hikmahnya. Hikmahnya, ramai yang mengambil berat tentang saya. Saya rasa disayangi dan dijaga. Keluarga dan kawan-kawan. Mereka tidak menganggap kekurangan saya itu satu masalah tapi satu tanggungjawab. Saya sangat hargainya. :) . Sentiasa fikirkan positif atas ketidaksempurnaan anda. Pasti kehidupan itu lebih indah.



           *KEKURANGAN ITU SANGAT MENARIK*   :)

Monday, August 12, 2013

PERASAAN



     Apa yang boleh saya katakan semua orang mempunyai perasaan sendiri. Cara yang tersendiri untuk mempamerkan perasaan itu membuatkan manusia yang berperasaan ini sentiasa menjadi diri sendiri dan sentiasa menjadi kepuraan. Perasaan. Perasaan yang dipelbagaikan oleh Tuhan kita sebenarnya sangat menarik. Dengan perasaan inilah kita akan mencorakkan hidup, dunia, dan diri kita seperti bagaimana kita mahu dalam kehidupan kita. Dengan perasaan inilah juga kita akan menjadi orang dewasa dan matang dalam kehidupan kita.

     Ramai orang kata perasaan tu tidak boleh dipaksa. Memang benar. Tapi perlu ingat perasaan boleh dibina dan dibentuk dalam hati kita. Pangkalnya kita yang mahu atau tidak. Walaupun perasaan itu dikatakan menarik , namun ada juga keburukkanya. Disebabkan perasaan berlakunya kes-kes yang tidak diingini. Itu tolak tepi.. Blog saya hanya menceritakan kehidupan yang positif. hahaha.. :)

     Suka. Sayang. Rindu. Perasaan yang tak lekang dalam hati kita. Kalau tak kawal boleh jadi gila. Sedih. Kecewa. Muram. Perasaan yang sentiasa perlu dibendung dalam hati kita. Bila perasaan kecewa atau patah hati tu verlaku dalam kehidupan kita, kita akan merasakan keseorangan, kesunyian, kosong dan terus menangis. Jangan begitu. Ceriakan hari-harimu dengan perasaan yang indah. Menganggap perasaan kecewa itu hanya sekadar datang untuk mematangkan kta. Bila kita jatuh sendiri. Bangun juga pelu sendiri. Bila kita rasa kita mampu berdiri sendiri kita pasti yakin untuk melangkah demi melangkah sendiri.

     Jangan menganggap diri kamu sudah kalah jika cinta ditolak atau bercinta separuh jalan. Mungkin dia bukan untuk kamu dan kamu bukan untuk dia. Yakin pada diri sendiri. Ceriakan hati sendiri terlebih dahulu baru kita cari hati orang lain untuk menggembirakannya. Buat sesuatu yang bisa dibanggakan oleh diri sendiri. Sekurangnya kamu ada sesutau untuk dia pandang.

     Perasaan lahirnya dari hati dan kawalnya juga dari hati. Maka jagalah hati supaya tidak jatuh pada tempat yang salah. Kalau dah suka nak buat macam mana. Kawal.PENTINGKAN PERASAAN SENDIRI DARI PERASAAN ORANG. :)

Tuesday, June 25, 2013

PENGKHIANAT



   Saya tahu saya masih muda untuk membicarakan tentang khianat, akan tetapi saya merasakan pengkhianatan itu berlaku dalam pelbagai cara. Antara kawan dengan kawan, saudara dengan saudara, adik-beradik atau manusia dengan makhluk yang hidup di bumi ini. Pengkhianatan berlaku apabila sebelah pihak yang bersifat dengki atau iri hati kepada sebelah pihak yang lain dengan berniat untuk menjatuhkan atau memalukan pihak tersebut. Itu yang dinamakan pengkhianatan.

       Saya menulis atas pengalaman, kalau bukan atas pengalaman pun saya atas keadaan sekeliling saya. Benar kata kalian jika mahu menyoalkan tentang usia saya dengan pengalaman yang saya ada. Akan tetapi kalian juga harus ingat pengalaman seseorang itu bergantung atas apa yang dia alami yang tidak akan sama apa yang orang lain alami. Kita takkan tahu siapa yang menjadi pengkhianat kita. Kadang-kadang kawan baik sendiri pun boleh jadi pengkhianat. Asalkan dia mempunyai sifat dengki dan iri hati atas apa yang kita milikki atau apa yang kita lebih dari dia itu sudah cukup untuk menimbulkan sifat yang jahil yang akan merosakkan hati umat nabi Muhammad.

         Betapa sakitnya hati kita ketika kita mempercayai seseorang lalu dikhianati atas dasar perasaan iri hati saja. Seolah-olah kita tiada siapa untuk dipercayai lagi. Terasa keseorangan kerana takut untuk dikhianati lagi. Bayangkanlah jika anda yang barada ditempat saya. Saya seperti dipinggirkan, dan menjadi pendendam. Namun perasaan itu hanyalah sementara, saya kuatkan hati saya dengan berkata "JIKA AKU JATUH SENDIRI MAKA BANGUN JUGA SENDIRI" ..Hanya itu yang menguatkan saya yang masih kecil dalam dunia ini.

         Pengubat pada pedengki ialah sentiasa tersenyum dan merendah diri. Jangan terlalu ambil hati dan sentiasa melakukan perkara yang tidak bersua muka dengannya. Kuatkan iman dan hati. Rendahkan diri dalam setiap perkara. Jauhkan sifat dengki dan iri hati. Jangan rosakkan hati dengan sifat jahil. "Anda buat anda dapat" 


                                                   WASSALAM.  :)

Sunday, June 16, 2013

LELAKI ITU.

Pertama sekali, saya memohon maaf pada sesiapa yang tidak bersetuju atas post ini. Saya membuat dengan ikhlas tanpa ingin mengaibkan sesiapa dan menerima segala kiritikan yang diberikan. :)

       Ketika saya bertemu lelaki itu, saya menggambarkan dia sebagai ayah saya. Bibirnya tidak pernah lekang daripada nasihat dan teguran. Air liur yang dia keluarkan hanya untuk mengajar kami erti kehidupan. Dia berpesan kalau kita sengsara hanya kita bersendirian. Kesengsaraan sendiri hanya kita yang merasai. Jadi kita perlu bertapak pada kaki kita sendiri. Tidak perlu mengharapkan orang lain. LELAKI ITU yang berkata.

      Selama beberapa jam saja saya merasakan pelbagai pesanan yang diberikan. Tanpa sejarah kita tidak akan jadi apa yang kita inginkan dan akan lahinya sejarah baru. Mula-mula saya tidak faham apa yang dia cuba sampaikan. Setelah dia memberitahu bahawa kejayaan dan pengalaman itu dalah hidup kita dan sejarah itu yang dicipta oleh kita sendiri baru saya mengerti sebenarnya jika kita tidak mencipta sejarah yang baik dalam hidup kita pastinya sejarah yang bakal dilahirkan nanti tidak akan menjadi baik. LELAKI ITU yang berkata.

            Dia seorang yang sangat berpengalaman. Aura tersendiri datangnya dari LELAKI ITU.
      
       Seorang yang berkarisma bersama membawa sejarah dan pengalamannya menujukkan apa yang telah diketahui tidak akan berkira kepada anak-anaknya. Percakapannya menunjukkan apa yang berada difikiran. Itulah yang dinamakan kebijaksanaan. Seorang lelaki yang bersahaja, sentiasa tenang dengan ilmunya. LELAKI ITULAH.

       Lagi tinggi tiang bendera itu lagi kelihatan benderanya. Begitulah manusia, lagi tinggi ilmunya lagi kelihatan kelebihannya. Tambahnya lagi, Jika ingin mendaki gunung biarlah mendaki gunung yang tinggi. begitulah manusia, jika ingin mencapai sesuatu biarlah tinggi impiannya. LELAKI ITULAH. 


           Saya berbangga kerana dipertemukan dengan dia. Mungkin pertemuaan kami bisa membawa saya kepada apa yang saya cuba capai. Ini sahaja yang cuba saya garapkan tentang dia. LELAKI ITULAH AYAH A.G.I .... :)



                                       (CAHAYA MENCARI)        


       

Thursday, June 13, 2013

PUTUS ASA.

           

           Haai .... :)  ... Susah nak cakap kan.. Biasalah baru nak mulakan keadaan yang baru. Terasa macam kecewa ada, sakit hati ada, putus asa pun ada... hhmm.. Macam mana nak cakap erk... Tak boleh nak gambarkan. Apa yang pasti saya dalam keadaan gundah gulana. Huhuhu.. Memang susah kita nak sesuaikan diri kita untuk hidup dalam keadaan yang semuanya serba baru. Hanya susah bukannya tak boleh kan ? :) ..

          Saya boleh dipanggil penipu kalau saya katakan yang saya mampu hidup dalam keadaan yang baru. Saya manusia juga. Perempuan. Sukr bagi saya yang berumur baru setengah jagung untuk hidup berdikari. Basuh baju pun saya kena basuh sendiri. Selalunya mesin basuh yang basuhkan di rumah. Hahaha. Sudah hampir sebulan saya berada di sini. Keadaan yang memaksa belum lagi saya tempuhi. Saya harap saya sudah bersedia. 

          Perbezaan keadaan akan membuatkan diri seseorang itu menjadi berbeza dengan diri dia sebelumnya. Begitu juga saya. Perasaan putus asa itu hampir menjadi sebahagian hidup saya. Ketika saya masih bersekolah dan sedang menduduki SPM, perasaan itu telah saya pecahkan dengan semangat yang mengatakan "aku juga mampu dibanggakan oleh semua orang" . Saya pernah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, dan saya juga tidak sesekali untuk putus asa. Putus asa itu adalah semangat saya. Bila saya gagal ramai orang yang pinggirkan saya, merendahkan kebolehan saya, tapi saya tidak sesekali ucapkan perkataan putus asa. Saya tahu kemampuan saya.

         Ikhtihanya, apa jua yang kalian pernah hadapi jangan keluarkan putus asa itu dari bibir kalian. Itu menunjukkan kalian sebenarnya sudah memberi hidup kalian kepada nasib yang sepatutnya kita yang mngubahnya. :) . Ingat ! Gagal itu bukan pembunuh kita. Tapi pembunuh kita ialah PUTUS ASA. 


                                       WASSALAM ... :)

Monday, June 10, 2013

KEJUTAN BUDAYA

   

      Masalah kejutan budaya kepada dunia remaja yang berada di ipta atau di ipts itu sebenarnya sudah menjadi kebiasaan masyarakat. Mereka menganggap itu adalah salah satu cara untuk menonjolkan diri atau mempamerkan diri di khalayak ramai. Kebanyakkan general yang mengalami kejutan budaya ini ialah remaja perempuan. Mereka terlalu asyik dengan dunia pemodenan ini. Mungkin juga mereka sudah jauh dari pandangan keluarga. Kebebasan itu sudah menjadi di luar batasan mereka sendiri.

       Kejutan budaya ini dipengaruhi oleh orang yang berada disekeliling kita sendiri tanpa kita sedari. Antaranya, kawan-kawan , majalah, atau orang lain yang berada hampir dengan mereka. Setengah pendapat , kejutan budaya ini ialah perasaan yang membuak-buak terhadap budaya terkini yang ingin mereka ikuti tanpa memikirkan akibat dan kesan terhadap diri sendiri. 

          Kejutan budaya ini memberi kesan terhadap diri sendiri,, keluarga dan masa depan. Misalnya, kita akan lalai terhadap pelajaran. Selain itu, kita akan dipinggirkan kawan-kawan. Seterusnya, kita akan terpesong dengan agama kita sendiri. Beringatlah, kesan kejutan budaya ini tidak memberi manfaat langsung pada diri kita sendiri malah sangat merugikan.

          Kita perlu jadi diri sendiri walau di mana kita berada. Cara ini dapat mengelak kita dari dijangkiti kejutan budaya. Bukan itu saja, kita pasti disukai orang jika kita menjadi diri sendiri. biar orang menilai kita dari segi apa pun. Apa yang penting adalah kita kenal siapa kita.
WASSALAM.

                                                       (CAHAYA MENCARI) :)

Tuesday, June 4, 2013

KEMATANGAN.

       

        KEMATANGAN. Sifat yang perlu ada dalam diri seseorang itu untuk dia bangunkan diri dia sendiri. Namun sifat itu bukanlah ada pada usia dewasa. Sifat itu bergantung pada pengalaman dan dugaan yang telah dia tempuhi dalam hidup dia. Kematangan mempunyai pelbagai aspek,misalnya kematangan dari segi percakapan,pemikiran,perbuatan,atau cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Cukuplah saya memberi sedikit intro untuk kalian memahami sifat itu.
           

         Bila orang kata umur yang belasan tahun ini adalah dalam lingkungan kanak-kanak dan undang-undang juga meletakkan umo bawah dari 18 tahun adalah kanak-kanak. Meskipun begitu, saya memandang mereka pada arah yang berlainan. Mungkin pada latar belakangnya, keadaan sekelilingnya, dan mungkin juga kisah silamnya. Itu semua bergantung pada diri sendiri yang alami.

          Pada diri saya, saya menganggap kematangan itu sangat perlu untuk diri saya,untuk diri saya, dan untuk diri saya. Saya memerlukan pemikiran yang lebih besar dari umur saya sendiri. Sedangkan waktu itu kawan-kawan saya seronok keluar sana-sini dan tidak perlu fikirkan apa-apa. Saya tak menganggap apa yang saya tangungjawabkan itu sebagai beban. Saya menganggap itu adalah satu batu loncatan terhadap kehidupan saya untuk saya lebih kehadapan,lebih maju, dan lebih berpengetahuan dari kawan-kawan sebaya saya. Orang yang melihat saya atau baru mengenali saya atau juga orang yang menilai saya dari segi luaran, saya berani yakin mereka pasti akan melihat saya tidak mempunyai masalah. Saya mesti berfikir secara rasionalnya dan kesannya jika saya melakukan langkah itu atau langkah ini. Ini sebenarnya sangat menggunakan daya berfikir yang tinggi.


           BACA BAIK-BAIK.

   (KALAU SAYA MAHU GEMBIRA, SAYA PERLU SENYUM, JIKA SAYA MELIHAT ORANG GEMBIRA MELIHAT SENYUMAN SAYA, SAYA PASTI AKAN GEMBIRA.)

            FAHAM??? Kenapa harus memberitahu orang. Saya tidak merasakan orang akan memahami.

      Nasihat saya, jangan menilai diri seseorang itu dari segi luarannya. Perhatikan latar belakangnya atau kisah silamnya. Orang yang sentiasa berfikir sifat yang negatif itu sebenarnya tidak ada sifat kematangan itu.


                             Wassalam.

Saturday, June 1, 2013

MENGUASAI.

  Perkataan yang menjadi tajuk pada perbualan saya ialah KUASA. Apabila ditambah imbuhan   perkataannya menjadi berlainan. Contohnya, dikuasai atau menguasai. Kalau saya tidak menerangkan maknanya lebih dalam saya sangat yakin pembaca pasti mengetahui.
   
   Niat saya bukan untuk memberitahu makna tentang KUASA, tapi mengenai keadaan yang menguasai orang. Tidak ! Tidak ! Tidak !. Anda silap. Bukan keadaan yang menguasai masyarakat tapi masyarakat yang menguasai keadaan. Jangan menilai sesuatu keadaan itu jika kita belum pernah dudukinya. Jangan memandang keadaan itu yang telah menjadi seseorang yang negatif tetapi diri kita sendiri. Menilai seseorang itu pada akalnya, ilmunya, dan tatsusilanya. 
  
   Menjadi seorang bijak sangat mudah pada pandangan psikologi dengan cara kita kena bijak menguasai keadaan, orang di sekeliling dan diri kita sendiri. Selepas itu barulah kita mampu menjadi orang mampu berdiri tanpa dibantu oleh sesiapapun. Cara menguasai itu juga penting, kita takkan dapat tunjukkan pada orang yang menilai kita dengan tanggapan negatif jika kita tidak lakukan sesuatu yang dapat mereka rasa kita sebenarnya telah berada di atas secara tidak langsung. Saya tak faham pada orang yang selalu menilai tanpa mendekati, tanpa dirasa, disentuh. Melihat tidak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku. 

    Orang yang sentiasa menilai diri seseorang itu hanya dari melihat saja, dia sepeti cermin sihir yang jahat. Keadaan pada sesuatu tempat bukan menyebabkan seseorang itu jauh dari agama atau tabiat yang buruk. Kalau nak jadi jahat dekat mana-mana pun boleh. Apa yang penting diri kita. Pandailah jaga baiklah diri.

     Saya tekankan lagi sekali untuk pembaca mengetahui bahawa BUKAN KEADAAN YANG MENJADIKAN MANUSIA JAHAT, TAPI MANUSIA SENDIRI YANG MENCIPTA KEADAAN ITU. MANUSIA ITU YANG SEBENARNYA JAHAT. Jadi jangan memandang rendah pada orang, dan jangan memberi tanggapan yang tidak baik. Kita tak tahu masa  depan kita. Tapi kita mampu mngubahnya. Jangan jadi manusia tanpa berfikir. 



                                     WASSALAM. :)

Thursday, May 30, 2013

MEMAHAMI.

   Kadang teringin benar mahu lari rumah. Kadang pulak teringin mahu sentiasa bersama dgn keluarga. Kadang lagi teringini dikasihi oleh kekasih hati. Kadang-kadang jugak lah kita sendiri tidak memahami perasaan sendiiri. Kalau kita mahu orang memahami diri kita, kita perlu memahami diri kita sendiri. Selepas itu, jika orang lain tidak memahami diri kita, kita perlu membuatkn diri kita difahami. 

    Konsep difahami dan memahami ialah konsep diantara dua orang atau lebih ketika berinteraksi. Tanpa interaksi  mereka tidak akan memahami atau difahami antara satu sama lain. Saya pernah menangis seharian, sehingga muka saya  pucat lesu. Tidak makan,tidak minum, dan hanya menangis. Saya menangis kerana bukan saya kecewa, dan bukan kerana saya gembira, tapi kerana saya cuba memahami diri orang lain sehingga saya sendiri tidak dapat memahami diri saya. Saya sangat sedih kerana saya tidak dpat temukan diri saya. Saya sentiasa memikirkan tentang hal-hal orang lain. Jika saya membuat hal tentang diri saya, saya mungkin tidak akan membuatkan mereka fahami.


      Orang disekililing saya sentiasa menganggap saya seorang yang inginkan kebebasan dan kesoronokan. Kalau saya kata kan YA. Bagaimana?. Jika saya katakan TIDAK pula. Bagaimana?.


        Sebenarnya, kebebasan dan kesoronokan itu tidak penting. Apa yang penting adalah kita mahu difahami. Apabila orang telah memahami diri kita, saya sgt yakin mereka tidak akan menilai kita lagi dari luar 
dan tiiddak akan kata kita mahukan kebebasan. Kita tidak boleh jadi apa yang orang lain inginkan tapi kita mampu membuatkan mereka memahami tentang apa yang kita inginkan. 

          Simpulnya, andai kata tiada siapa yang memahami diri kita anggaplah itu sebagai ujian dan ingatlah ALLAH sentiasa mengetahui apa tidak diketahui oleh kita. 


                                      WASSALAM, :)

Monday, May 27, 2013

KEHIDUPAN.

   ASSALAMUALAIKUM,
   
  Harap sihat-sihat saja. Maaf kerana lambat meng'update' post kali ni.. Saye sibuk lah.. nak masuk ipta lagi. Uruskan yg ade kat rumah nyh lagi. Tapi tak pe halangan utk saye terus menulis tidak akan sye biarkan. Menulis adalah salah satu dalam kehidupan saye. Menulis membuatkan saye sentiasa berfikir dan ade je ilham saye akan terus menulis. Tapi tanpe membaca saya tak bisa menulis. Tanpa membaca saya tidak akan dapat input-input yang saya akn tulis.

    Begitulah antara KEHIDUPAN dan PERCINTAAN .

         Kehidupan tanpa cinta mati. Percintaan tanpa kehidupan juga akan mati.. Bila bercerita tentang perasaan dalam kehidupan kita. Kita pasti terfikir perasaan yg pernah mengecawakan kita. Dengan perasaan kecewa jugak lah kita akan jadi kuat. Tanam diri dan yakin ALLAH takkan bagi kita sentiasa sedih. Kita sgt memerlukan kedua-dua perkataan itu. KEHIDUPAN dan PERCINTAAN pada orang disekeliling kita.

        Apabila kita menyayangi seseorg, Bersedialah utk memegang risiko tentang perasaan kecewa yg akan bakal kite hadapi. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Perkataan yang jugak tidak dapat di pisahkan. Walau apaa pun pengorbanan yg kita buat kepada sesiapa pun itu tetap akn jadi sejarah.

       Kehilangan org yg dikasihi sudah menjadi kebiasaan saye. Tapi tipu kalau saye tidak merasakan perasaan sedih dan menangis tatkala kehilangan. Dari kecil lagi sye sudah rse kehilangan sehinggalah sekarang sye sudah remaja, Perasaan kehilangan tu tetap ade dlm diri sye.

     Namun apa yg saya lakukan bila saya sentiasa kecewa, dan sedih. Mengingatilaah pada yg mencipta. Kuat berdiri dalam bumiNYA. Berlari mengejar kebahagianNYA. Ingat, perasaan sedih itu hanyalah sementara utk menjadi kita matang. Bersedia dari segi mental yang kita mampu mengubah diri kita sendiri.



                                                WASSALAM. :)
)

Wednesday, May 8, 2013

RAHSIA

    Saya mempunyai satu rahsia. Rahsia itu saya jaga. Saya simpan. Saya pendam. Begitu lama rahsia itu dalam lindungan saya. Saya cuba memberitahu pada semua org tentang rahsia itu. TAPI.........................................Saya sgt yakin org pasti tidak mempedulikan rahsia saya.

     Disebabkan rahsia itu saya simpan dalam jangka masa yg panjang,ibarat menyimpan susu begitu lama. Menjadi busuk, dan apabilan ditelan atau diminum sakitnya tidak terkata. Saya mahu benar rahsia saya dibongkarkan.. Aptah lagi kalau keluarga saya yg mengetahui, yg penting ibu saya. Sayangnya.. saya tak dapat memberitahu rahsia itu... Saya TERPAKSA menyimpan dan memendam rahsia itu selama mana saya mampu..

      Padahal saya merasakan sgt sakit. Saya merasakan dunia ini telah meminggirkan saya. Saya merasakan saya bersendirian. Saya merasakan seperti tiada sesiapa di sisi saya. Rahsia itu saya pendam. Tiada seorg pun yg mendengar. Mungkin sikap saya yg lebih memendam rasa. Mungkin juga itu dulu. Sekarang saya tidak mampu lagi.

       Rahsia tidak akan menjadi rahsia untuk selama-lamanya. 





   ### Wahai, Tuhan.... Wahai Hati... Kau segarkan lah hati aku. Kau kuatkanlah hati aku. Aku nak mereka tahu yang aku ingin bersuara. Tapi aku tak bisa. Aku nak mereka tahu, Aku punya perasaan. Tapi aku tak bisa. Aku nak beritahu mereka tentang cita2 ku minat ku. Tapi aku tak bisa. Aku ingin memberitahu mereka bahawa mereka tidak adil terhadap ku.. Jua ku tak bisa. 

      Jadi biarlah ia menjadi rahsia dalam hidupku. Yg ku jaga erat2 dari aku berusia 12 tahun sehinggalah sekarang. Biarlah rahsia itu aku jadikan motivasi utk diriku supaya aku mmpu melangkah jauh dan mmpu dibanggakan oleh mak aku selain abgku.


                          
Sesuatu yang tak terluah, kadang-kadang memang Allah takdirkan kita untuk simpan dalam hati sebab Allah nak kita mengadu dan luahkan hanya pada Dia.



Monday, April 15, 2013

REZEKI TERPIJAK



   Assalamualaikum..

Bile hari2 memikir pasal duet. itu tak cukup dan ini tak cukup.. semue lari bajet.. tak dapat nak simpan  duet.. Fikiran pulak tak tenang. asik pikir itu dan ini.. mulelah kita menganggap hidup menyusahkan. dunia takley hidup kalau tak de duet... macam2 lagi lah.. 


Penah tak terfikir tentang rezeki terpijak.. kita ni asik sibuk nak cari jalan untuk cari duet sampaikan terlupe kita boleh minta pada Maha Mencipta kita. Kita perlu mendoakan.

Berdoa pada Dia agar diberi rezeki yg tak di sangka atau dipermudahkan jalannya.



                                         (CAHAYA MENCARI)



MENITI HARI.


assalamualaikum..
HHHMMMM.. saya sendiri tidak tahu bagaimana saya ingin memulakan perbicaraan saya. yang saya tahu keadaan selalu menjadi kitasemakin matang untuk MENITI HARI dalam kehidupan kita., kadang2 kita berasa terlalu kecil atau kerdil di mata dunia.. itulah yg dinamakan kita sebenarnya masih berasa di bawah.. pemikiran yang positif dalam apa jua keputusan dan kehidupan yg kita ciptakan ia sentiasa berada dalam keadaan sedar kita.


  Saya kecewa dengan diri sendiri.. dengan apa yg saya telah lakukan dahulu.. namun dengan semangat yg ada .. saya cuba bangun dari kehidupan saya sendiri... mula2.. saya merangkak.. lalu melangkah.. dan sekarang saya bisa berjalan sendiri. saya harap.. masa akan datang saya akn boleh berlari mcm org lain.. bermacam dugaan dan ujian saya hadapi.. satu persatu saya selesaikan.. yang paling penting dalam menangani ialah sentiasa berfikiran positif dalam kita sedang MENITI HARI ni...


   Bila org melihat ketelahtaan saya.. orang takkan percaya saya mempunyaai masalah. saya sentiasa akan tersenyum bersama kawan2.. keluara dan saudara mara saya... saya tahu dengan senyuma ini masalah saya mungkin tidak akan menjadi rumit. senyuman bukan saja dapat menenangkan hati saya.. malah dapat menggembiarakan jugak org di sekiling saya. saya dalam perasaan hampa.. terus menjadi bahagia.. 


   Jadi saya harap anda semua tidak menjadikan masalah itu adalah beban.. tapi batu loncatan untuk kita maju kehadapan dalam MENITI HARI kehidupan kita.. :)

                                                                                                              (CAHAYA MENCARi)