Saturday, January 18, 2014

AHAD

Hari Ahad. Hari yang paling seronok habiskan dengan tidur sepanjang hari. Seronoknya. Pukul 8 aku bangun. Aku hanya tersedar kerana seorang makcik mengetuk pintu rumahku untuk mengambil sampah.
  
  "Alaaa, makcik ambil esoklah. Saya nak tidur ni." Balasku dengan sedikit marah dan sombong. Aku tidur balik. Pukul 3 petang. Aku disedarkan kembali oleh kawan sebilik aku kerana dia mencari pendrivenya yang hilang. Aku tidur semula sehingga jam tepat pukul 6. Aku terbangun kerana ada panggilan masuk.

  “ya, Cik Fairul. Ada apa?” Aku bertanya.
  
  “Saya nak jumpa kamu malam ni, boleh? Kita pergi makan. Mahu?” Aku kalau orang dah ajak tu. Aku memang laju sikit. Aku mengiyakan saja. Pukul 8 dia mengambil aku. Ketika kami makan.
  
  “Saya nak minta tolong awak buatkan skrip untuk cerita saya. Boleh tak?” Amboi.. mentang-mentang aku ada bakat tu senang ja dia nak minta tolong. Ingat aku mesin ke? Tekan je, pastu terus keluar. Malas aku nak melayan. Bisik hatiku yang sombong.
  
  “Boleh. Tak ada masalah. Cerita apa tu Fairul? Kenalah buat baik sikit. Orang dah belanja makan.

Cerita punya cerita. Baru aku faham tentang jalan cerita itu dan apa yang perlu aku buat. Aku ni masih belajar. Pintu pagar  hostel aku tutup pukul 11 malam. Jadi aku kena pulang sebelum itu. Dia menghantar aku di depan pagar. Aku balik. Aku mandi dan aku tidur kerana esok aku ada kelas pagi. Nasiblah aku datang bulan. Boleh aku bangun lewat.

Keesokannya, tepat pukul 8 pagi. Aku bangun dan ingin mandi. Aku sedikit hairan kawan aku masih tidur lagi. Aku kejutkan dia.
  
  “Kenapa kau ni Yana. Hari ni kan Hari Ahad. Mana ada kelas.” Sedikit terkejut tapi membahagiakan. Semasa aku ingin tidur, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu. Aku berasa makcik yang mengutip sampah itu datang. Aku biarkan saja dia di luar. Aku sambung tidur kembali. Tepat pukul 6 petang. Telefonku berdering. Anggapan aku benar. Fairul mengajak aku makan malam bersamanya. Aku bangun dan bersiap. Sampai saja di kedai makan.

  “Saya nak minta tolong awak buatkan skrip untuk cerita saya. Boleh tak?” Errmm.. Aku berfikir. Macam aku pernah dengar ayat ni. Bukan semalam memang dia suruh aku buat skrip untuk dia? Aahh.. biar sajalah. Selepas makan dan mendengar ceritanya. Dia menghantar aku pulang. Aku balik. Aku mandi dan aku tidur kerana esok aku ada kelas pagi. Keesokan harinya, aku bangun dan melihat kawan aku masih tidur lagi. Aku sudah semakin bingung dengan keadaan ini.
  
  “Bangunlah, Mira. Kita ada kelas pagi ni.” Marahku.

  “Kau ni tak reti tengok hari ke? Hari ni Hari Ahad.” Aku semakin keliru. Aku mula berfikir. Takkan aku nak tidur lagi. Sudah tiga hari aku begini. Aku membuat keputusan untuk mandi. Aku memandang jam tepat pukul 9 pagi. Aduhh! Baru 9 pagi. Apa yang harus aku buat ni.

Tookk!!Tookk!! Bunyi ketukan pintu bilik aku. Aku baru teringat, setiap hari Ahad pekerja akan mengambil sampah.
  
  “Makcik nak ambil sampah ke? Saya rasa saya nak tolong makciklah. Kalau makcik tak keberatan. Saya terbangun awal, jadi tak tahu nak buat apa. Boleh tak makcik?” Makcik tidak kisah atas permintaanku. Walaupun dia sedikit aneh. Daripada aku tak buat apa, baik aku tolong makcik ni. Selesai sudah aku menolong makcik tu. Aku naik ke bilik. Aku memandang jam sekali lagi. Tepat pukul 3 petang. Aku rasa pukul 6 nanti Fairul mesti menelofon aku dan menyuruh aku membuat skrip untuknya. Lebih baik aku buat sekarang. Malam nanti aku boleh bagi terus kepada dia. Aku serta-merta membuatnya dengan ikhlas.

Pada malam itu, aku berjumpa dengan Fairul dan memberi skrip itu. Dia memuji aku kerana menolongnya. Aku pulang dan terus mandi. Semasa aku ingin tidur aku berfikir tentang apa yang aku lakukan hari ni. Aku merasa sungguh gembira kerana dapat menolong orang. Sebelum ni, aku selalu sombong dengan orang sekelilingku. Akhir sekali, sebelum tidur aku memaafkan sesiapa yang membuat salah kepadaku.
  
  “Yana! Yana! Bangun. Sudah pukul 8 pagi ni. Kita ada kelas pagi hari ni.”
  
  “Hari ini hari apa?”

  “Hari Isninlah” Jawab Mira.  "Yeayyy !!!!!!" Aku besorak gembira.

                                               (Cerita Asal dari "Pertolongan Allah")

Wednesday, January 15, 2014

CERITA KAMI TAMAT

SELAMAT MEMBACA :)

Duduk di bangku. Tunduk. Aku bermain kaki sendiri. Kupegang erat kedua tanganku sambil bermain-main jari.

  “Kita keluar esok,ya?”

  “Okay, saya tunggu di stesen keretapi.”Balasku.

  “Kalau saya lambat, awak tunggu saya”

  “Baik, saya janji akan tunggu awak! Saya rindu awak.” Janjiku.

  “Saya juga”

Tersedar. Kedengaran bunyi geseran antara keretapi dan landasanya semakin menghampiri stesen yang sedang aku berada. Bunyinya bingit. Melihat orang keluar dan masuk dari pintu-pintu keretapi itu. “Awak tunggu saya, ya!” Masih terngiang lagi ayat itu. Masih juga aku menunggu. Menunggu. Terus menunggu.

  “Adakah awak sedang menunggu?” Dia menyapa aku. Aku menundukkan muka. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku. “Saya selalu lihat awak  berada di stesen ini dan duduk di bangku ini. Saya fikir awak kerja di sini, tapi takkan pada hari Sabtu saja. Kadang-kadang awak hanya melihat orang masuk dan keluar dari keretapi. Adakah awak sedang menunggu?”

Hhhmm.. Aku menghelakan nafas sesal dan kecewa. Bukan aku tak tahu hakikatnya. Salahkah aku di sini? Salahkah aku masih menunggu? Adakah persoalan aku tiada jawapannya? Dia. Dia terlalu sempurna buatku. Terlalu indah untukku. Ciptaan-Nya yang sungguh baik bagiku. Mata yang cuba menahan tangis rindu.

 “Awak !!!” Lelaki disebelahku menegur sekali lagi.

 “Kenapa?” Itu persoalanku.

 “Adakan awak sedang menunggu?” Pertanyaan itu aku jawab dengan sekuat hati.

  “Bukan urusan awak,maaf !” Aku segera pergi meninggalkan tempat dudukku dan mahu pulang.

  “Urusan saya.” Kata lelaki itu. Baru aku sedar akan suara itu. Adakah dia?? Aku menoleh ke arahnya. Nadiku berdetik laju. Tanganku sejuk. Adakah ini mainan kerana aku terlalu rindukan dia? Aku cuba meratapi dia. Aku ingin menyentuhnya.

  
  “Terima kasih kerana menunggu saya. Saya sudah datang dan asaya harus pergi. Sayang awak Liya.” Dia tersenyum.  Bayangan itu hilang bersama angin keretapi yang lalu untuk berhenti. Air mata tidak dapat ku tahan lagi. 
   
  Aku terduduk. Teresak-esak  Aku bersyukur Kau berikan untuk yang terakhir kali. Ya, saya tahu awak pasti sedang melihat saya menunggu awak. Saya sayang awak juga, Haikal. Aku berharap kita dapat berjumpa di sana nanti. Cerita kami tamat di sini bukan di sana. Aku tersenyum bersyukur dan yakin kita akan bahagia di sana. Sayang awak, Haikal.

Monday, January 6, 2014

RINDU


 

   Hanya disebabkan rindu saja kita boleh jatuh, kita boleh melakukakn perkara diluar jangkaan kita. Kita berasa macam dunia ni sedang hujan sepanjang hidup kita. Sunyi. Mahukan perhatian. Kadang-kadang kerja juga terganggu oleh kerana satu perkatan satu perasaan iaitu RINDU. Nak berpuisi tentang rindu. Hehehe..

              Rindu, umpama mengharapkan matahari dikala hujan,
              Umpama mengharapkan malam menjadi cerah,
              Namun apa dipinta itu tahu, mustahil menjadi.
              Tapi masih mengharap dan mengharap.
              Kerana rindu seniasa merinduimu.


     Tuddiiaaaaa, nampak tak tu. Hahahaha. Sebenarnya, merindui itu perasaan yang bagus. Kita sedang mengingati seseorang yang hadir dalam hidup kita. Tidak kisahlah dia itu sejarah kita atau kita ni syok sendiri kah. Itu tidak penting. Tak semestinya rindu itu terletak hanya pada teman wanita/teman lelaki. Pada ibu dan ayah, Allah dan Rasulullah, kawan-kawan, cikgu atau pensyarah mahupun sesiapa saja. Itu hak kita. Perasaan rindu ini berkait dengan perasaan sayang. Kita tak lari dalam dua perasaan ini. Biarkan saja. Jangan rasa benci pada perasaan ini hanya disebabkan kita yang syok sendiri atau pihak kita saja yang rindu. Allah tu maha mengetahui. Terfikir tak kenapa waktu tu saja kita rindu dia? Mungkin Allah nak tunjuk dia tu tengah sakit atau dia perlukan seseorang. Kita tak tahukan?

     Natijahnya, ketika kita rindukan sesiapa saja dalam hidup kita. Apa yang saya lakukan ialah ketika saya solat dan pada sujud terakhir tu, saya titipkan dalam hati saya dengan doa"YA ALLAH AKU SANGAT RINDUKAN DIA, KU MENGHARAPKAN DIA SEJAHTERA". Tak rugi tau. Pahala pun dapat, hati kita ni pun rasa tenang. Tengok-tengok dalam sehari dua lepas kita doa tu dia terus call kita. Ha !! sukalah kan. Hehehehe..

     Itulah yang saya dapat simpulkan sedikit tentang rindu ni. Saya tak mampu nak terangkan tentang perasaan sebab kita yang rasa,kita saja yang tahu. Jadi, walau apa pun yang berlalku. Ingat Allah. Allah ada dengan kita. Doa. Doa. Doa. Insyallah, Allah makbulkan.

     Setelah sekian lama tidak menulis rasa macam nak tulis dua tida page. Hahahaha. apakan daya masa tak banyak. Dah hampir pukul 7. Nak pergi beli makanan. Al maklumlah hari ni kan hari isnin. Sunat berpuasa. :)



                                                                                                               WASSALAM.