Saturday, January 18, 2014

AHAD

Hari Ahad. Hari yang paling seronok habiskan dengan tidur sepanjang hari. Seronoknya. Pukul 8 aku bangun. Aku hanya tersedar kerana seorang makcik mengetuk pintu rumahku untuk mengambil sampah.
  
  "Alaaa, makcik ambil esoklah. Saya nak tidur ni." Balasku dengan sedikit marah dan sombong. Aku tidur balik. Pukul 3 petang. Aku disedarkan kembali oleh kawan sebilik aku kerana dia mencari pendrivenya yang hilang. Aku tidur semula sehingga jam tepat pukul 6. Aku terbangun kerana ada panggilan masuk.

  “ya, Cik Fairul. Ada apa?” Aku bertanya.
  
  “Saya nak jumpa kamu malam ni, boleh? Kita pergi makan. Mahu?” Aku kalau orang dah ajak tu. Aku memang laju sikit. Aku mengiyakan saja. Pukul 8 dia mengambil aku. Ketika kami makan.
  
  “Saya nak minta tolong awak buatkan skrip untuk cerita saya. Boleh tak?” Amboi.. mentang-mentang aku ada bakat tu senang ja dia nak minta tolong. Ingat aku mesin ke? Tekan je, pastu terus keluar. Malas aku nak melayan. Bisik hatiku yang sombong.
  
  “Boleh. Tak ada masalah. Cerita apa tu Fairul? Kenalah buat baik sikit. Orang dah belanja makan.

Cerita punya cerita. Baru aku faham tentang jalan cerita itu dan apa yang perlu aku buat. Aku ni masih belajar. Pintu pagar  hostel aku tutup pukul 11 malam. Jadi aku kena pulang sebelum itu. Dia menghantar aku di depan pagar. Aku balik. Aku mandi dan aku tidur kerana esok aku ada kelas pagi. Nasiblah aku datang bulan. Boleh aku bangun lewat.

Keesokannya, tepat pukul 8 pagi. Aku bangun dan ingin mandi. Aku sedikit hairan kawan aku masih tidur lagi. Aku kejutkan dia.
  
  “Kenapa kau ni Yana. Hari ni kan Hari Ahad. Mana ada kelas.” Sedikit terkejut tapi membahagiakan. Semasa aku ingin tidur, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu. Aku berasa makcik yang mengutip sampah itu datang. Aku biarkan saja dia di luar. Aku sambung tidur kembali. Tepat pukul 6 petang. Telefonku berdering. Anggapan aku benar. Fairul mengajak aku makan malam bersamanya. Aku bangun dan bersiap. Sampai saja di kedai makan.

  “Saya nak minta tolong awak buatkan skrip untuk cerita saya. Boleh tak?” Errmm.. Aku berfikir. Macam aku pernah dengar ayat ni. Bukan semalam memang dia suruh aku buat skrip untuk dia? Aahh.. biar sajalah. Selepas makan dan mendengar ceritanya. Dia menghantar aku pulang. Aku balik. Aku mandi dan aku tidur kerana esok aku ada kelas pagi. Keesokan harinya, aku bangun dan melihat kawan aku masih tidur lagi. Aku sudah semakin bingung dengan keadaan ini.
  
  “Bangunlah, Mira. Kita ada kelas pagi ni.” Marahku.

  “Kau ni tak reti tengok hari ke? Hari ni Hari Ahad.” Aku semakin keliru. Aku mula berfikir. Takkan aku nak tidur lagi. Sudah tiga hari aku begini. Aku membuat keputusan untuk mandi. Aku memandang jam tepat pukul 9 pagi. Aduhh! Baru 9 pagi. Apa yang harus aku buat ni.

Tookk!!Tookk!! Bunyi ketukan pintu bilik aku. Aku baru teringat, setiap hari Ahad pekerja akan mengambil sampah.
  
  “Makcik nak ambil sampah ke? Saya rasa saya nak tolong makciklah. Kalau makcik tak keberatan. Saya terbangun awal, jadi tak tahu nak buat apa. Boleh tak makcik?” Makcik tidak kisah atas permintaanku. Walaupun dia sedikit aneh. Daripada aku tak buat apa, baik aku tolong makcik ni. Selesai sudah aku menolong makcik tu. Aku naik ke bilik. Aku memandang jam sekali lagi. Tepat pukul 3 petang. Aku rasa pukul 6 nanti Fairul mesti menelofon aku dan menyuruh aku membuat skrip untuknya. Lebih baik aku buat sekarang. Malam nanti aku boleh bagi terus kepada dia. Aku serta-merta membuatnya dengan ikhlas.

Pada malam itu, aku berjumpa dengan Fairul dan memberi skrip itu. Dia memuji aku kerana menolongnya. Aku pulang dan terus mandi. Semasa aku ingin tidur aku berfikir tentang apa yang aku lakukan hari ni. Aku merasa sungguh gembira kerana dapat menolong orang. Sebelum ni, aku selalu sombong dengan orang sekelilingku. Akhir sekali, sebelum tidur aku memaafkan sesiapa yang membuat salah kepadaku.
  
  “Yana! Yana! Bangun. Sudah pukul 8 pagi ni. Kita ada kelas pagi hari ni.”
  
  “Hari ini hari apa?”

  “Hari Isninlah” Jawab Mira.  "Yeayyy !!!!!!" Aku besorak gembira.

                                               (Cerita Asal dari "Pertolongan Allah")

No comments:

Post a Comment