SELAMAT MEMBACA :)
Duduk di bangku. Tunduk. Aku bermain kaki sendiri. Kupegang
erat kedua tanganku sambil bermain-main jari.
“Kita keluar
esok,ya?”
“Okay, saya tunggu di
stesen keretapi.”Balasku.
“Kalau saya lambat,
awak tunggu saya”
“Baik, saya janji
akan tunggu awak! Saya rindu awak.” Janjiku.
“Saya juga”
Tersedar. Kedengaran bunyi geseran antara keretapi dan
landasanya semakin menghampiri stesen yang sedang aku berada. Bunyinya bingit.
Melihat orang keluar dan masuk dari pintu-pintu keretapi itu. “Awak tunggu
saya, ya!” Masih terngiang lagi ayat itu. Masih juga aku menunggu. Menunggu.
Terus menunggu.
“Adakah awak sedang
menunggu?” Dia menyapa aku. Aku menundukkan muka. Dia melabuhkan punggungnya di
sebelahku. “Saya selalu lihat awak
berada di stesen ini dan duduk di bangku ini. Saya fikir awak kerja di
sini, tapi takkan pada hari Sabtu saja. Kadang-kadang awak hanya melihat orang
masuk dan keluar dari keretapi. Adakah awak sedang menunggu?”
Hhhmm.. Aku menghelakan nafas sesal dan kecewa. Bukan aku tak
tahu hakikatnya. Salahkah aku di sini? Salahkah aku masih menunggu? Adakah
persoalan aku tiada jawapannya? Dia. Dia terlalu sempurna buatku. Terlalu indah
untukku. Ciptaan-Nya yang sungguh baik bagiku. Mata yang cuba menahan tangis
rindu.
“Awak !!!” Lelaki
disebelahku menegur sekali lagi.
“Kenapa?” Itu
persoalanku.
“Adakan awak sedang
menunggu?” Pertanyaan itu aku jawab dengan sekuat hati.
“Bukan urusan
awak,maaf !” Aku segera pergi meninggalkan tempat dudukku dan mahu pulang.
“Urusan saya.” Kata
lelaki itu. Baru aku sedar akan suara itu. Adakah dia?? Aku menoleh ke arahnya. Nadiku berdetik laju. Tanganku sejuk.
Adakah ini mainan kerana aku terlalu rindukan dia? Aku cuba meratapi dia. Aku
ingin menyentuhnya.
“Terima kasih kerana
menunggu saya. Saya sudah datang dan asaya harus pergi. Sayang awak Liya.” Dia
tersenyum. Bayangan itu hilang bersama
angin keretapi yang lalu untuk berhenti. Air mata tidak dapat ku tahan lagi.
Aku terduduk. Teresak-esak Aku bersyukur
Kau berikan untuk yang terakhir kali. Ya, saya tahu awak pasti sedang melihat
saya menunggu awak. Saya sayang awak juga, Haikal. Aku berharap kita dapat
berjumpa di sana nanti. Cerita kami tamat di sini bukan di sana. Aku tersenyum
bersyukur dan yakin kita akan bahagia di sana. Sayang awak, Haikal.
No comments:
Post a Comment