Thursday, August 27, 2015

DIRI

Cuba tundukkan diri, rendahkan hati, kesatkan mata, senyumkan bibir. Saat ini cuma mak, dan Tuhan saja yang tahu. Ada masa diri jatuh tapi gagah bangun, ada masa diri jatuh tapi jatuh dan jatuh. Konsep diri ialah di mana keadaan sendiri, hidup yang dirahsiakan, pengalaman yang cuba dilupakan, kenangan yang cuba ingin dikembalikan, perasaan yang perlu dijaga, dihargai, diterima. Walaubagaimana pun, diri yang dinamakan manusia ini mana mungkin ia sempurna, mana mungkin mampu lakukan apa saja. Hilang dek akal untuk gembirakan hati orang. Asal diri cuba. Hidup diri. Hidup seorang. Bila diri cuba bangun dari keadaan hitam yang lepas. Cuba berdiri cuba guna kaki cuba guna tangan, cuba guna senyuman, masih jua diri ditolak digempak gempurkan, masih di terajang di tampar, di tunjuk salah, masih diri ini berdiri,walau apa juga hidup cuba datang. Kita sebagai manusia. Bukan Hak kita untuk salahkan siapa melainkan salahkan diri kita, melainkan salah hidup kita, diri yg cuba mencorakkan hidup. Namun ada sedikit terguris garisan hitam yang tak mampu dipadam oleh pemadam, namun masih mencari corak yang menarik untuk cuba menggembirakan hati. 

Kehidupan ini adalah diri yang menjadi pelakun utama, yang mencipta pembantu untuk pelakun utama, yang mencari plot permulaan klimaks dan akhir jalan cerita. Yang melukis keindahan dan malangnya hidup. Apa yang pasti bukan cerita apa atau kenapa? Tapi yang penting siapa yang mula? Kalau bukan diri? Ambil saja jiwa dam raga, tarik saja kesakitan dan kepedihan. Biar kosong, biar tanpa sembuh, biar hidup tapi mati, biar berdiri tapi tak pasti, tetap diri akakn perjuangankan apa yang diri afa asalkan dapat gembirakan hati. Bukan kehidupan ini diwujudkan untuk meratapi kesedihan semata, bukan untuk menyesali apa yang diri telah buat, bukan untuk fikir apa orang kata, bukan berdiri kerana pujian manusia, bukan berlagak berlapang dada jalan tanpa fikir siapa dibawah, bukan hidup tanpa ada kehidupan lain yang perlu dijaga, bukan itu. Bukan masing masing bermasam muka dan sombong tidak mahu mengalah, bukan berlari seorang diri tanpa pegang tangan sesiapa. Ingat diri. Allah ciptakan kita untuk apa? Kuat bukan untuk kita tapi untuk agama dan kehidupan nanti.
Memang. Siapa yang faham? Siapa yang tahu? Siapa yang mahu tahu? Siapa yang hendak tahu? Mestikah tahu? Perlu? Memang. Memang itu yang patut wujud untuk diri tanya. Siapa diri? DIRI!!! 
Diri? Hahahahaha. Jawab saja pada diri. Siapa kita? Kita jatuhkan orang lain. Cuba mencari kesempatan atas masalah , kesusahan,kesedihan? Untuk apa? Siapa kita diri yang bodoh dan tidak sempurna. Hanya tahu mendabik dada. Membabi buta. Hanya gelak ketawa pada orang susah. Hanya senyum sini pada mereka yang menangis. Hanya itukah matlamat dalam diri yang sebenarnya dicipta sebaik baik ciptaan Allah yang dicipta untuk bahagiakan diri bahagiakan orang lain.  

Kali ini biar ringkas tapi biar sentap pada diri. Ilmu ni dinilai dari segi bagaimana digunakan, bagaimana dijaga dan rendahkan diri. Jika diri penuh ilmu di dada tapi masih tersenyum dan hidup bangga diri. Perlu ilmu itu dihormat? Fikir. Kita hidup bukan untuk penuhkan hati dengan hasat dengki, iri hati, dan benci. Tapi biar sematkan diri dengan senyuman, gembira dan bahagia. Sematkanlah kecantikan dalam diri. Biar ia keluar dan merebak diseluruh dunia. Biar mereka yang memijak kita tahu, kita berdiri bukan kerana ada tangan dibelakang, tapi kita berdiri tegap kerana senyuman, kecantikan, kebijaksanaan, pengalaman, kebahagian, kemaafan, dan kehidupan yang serba indah, dicorak warna warni, yang cantik indah dipandang.

Berbahagialah pada diri sementara masa masih ada. Senyumanla untuk semua kehidupan sementara kita masih terima udara. Senyumlah. 😊❤️

No comments:

Post a Comment