Wednesday, May 28, 2014

KEHILANGAN

Hhmm. Aku menarik nafas dalam-dalam. Menekan papan kekunci perlahan. Satu demi satu. Kehilangan? Hidup dalam kaeadaan kehilangan ini tidaklah susah dan tidaklah senang. Mahupun begitu ia tidaklah gembira atau sebaliknya. Siapa saja yang suka pada erti kehilangan? Siapa? Kita dicipta supaya berpasangan. Berdua. Berteman. Saya tak spesifikasikan kepada pasangan sahaja. Mungkin pada teman, kawan, ibu dan ayah, adik beradik. Perasaan itu sama walau status pada siapa kita kehilangan utu pergi dari hidup kita.

Tujuan apa saya menulis? Ingin berkongsi cerita dari sudut yang lain bahawa kehilangan tidak perlu ditatapi dan sebenarnya kehilangan itu adalah satu benda yang positif untuk kehidupan kita. Tetapi, jika kita memikirnya secara negatif maka negatiflah jadinya. Tiada semangat yang akan pimpin tangan kita disaat kita merasa kehilanga. Semua orang kata itu mudah. Lambat laun kita akan melupakan perkara itu. Memang benar ia mudah. Tapi perkara itu sangat susah untuk menjadi mudah.

Saya mempunyai keadaan di mana saya merasa kehilangan. Saya merasakan saat itu saya sangat sedih. Saya seperti tiada apa apa lagi di dunia ini. Saat keseorangan. Tiada siapa akan sayang saya. Siapa akan jaga saya. Siapa yang akan sayang saya. Saya benar keseorangan.  Menangis setiap malam meratapi perasaan kehilangan. Kehilangan yang tiada penghujungnya. Sedih. Menangis. Menangis. Dan marah pada diri sendiri. Kenapa aku? Kenapa mesti aku? Aku tak kuat. aku tak mampu dengan ujian ini. Kau tak sayang aku ke Ya Allah.? Itulah persoalan yang paling bodoh yang saya rasa saya tak patut untuk mengutarakan pertanyaan itu.

Lama lama , saya dah penat. Dah letih. Dah rasa macam tak boleh hidup. Dan mula berfikir. Ini bukan dalam rancangan hidup aku. Aku tak pernah merancang untuk menangis atas kehilangan dalam kehidupan aku. Aku mengesat air mata lalu berdiri. Melangkah lalu berjalan. Berjalan lalu berlari. Aku biarkan kesedihan itu menjadi sejarah. Kekuatan dan semangat aku pupuk sikit demi sedikit. Aku tahu apa yang Allah buat sangat berhikmah atas kehidupan aku. Aku takkan berjaya kalau aku tak pernah gagal.

Begitu jua kalian, hidup ini merangkumi cabaran yang sangat tak terfikir dek akal. Meskipun begitu, balik kepada Allah. Yakin Dia sentiasa ada dengan kita. :) . Terim kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment