Friday, May 16, 2014

PERBEZAAN

Lama dah rasanya tak menulis ni. Biasalah keadaan tak mengizinkan. Kali ni mungkin berkesempatan. Hehe. Kalau dah tulis ni, dah tentu nak cerita tentang satu perkataan yang ada kena mengena dengan kehidupan kita kan? Pernah dengar perkataan perbezaan? Tahu apa itu perbezaan? Bagaimana perbezaan itu terhasil?

Pebezaan adalah satu situasi yang memerlukan lebih pada satu orang atau satu benda untuk membezakan antara satu sama lain. Perbezaan ini terjadi dengan adanya kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain. Sebenarnya perbezaan yang dibuat dalam kehidupan kita seharian lebih dari negatif. Perbezaan yang dibuat itu kadang-kadang hanya untuk kepuasan hati atau hanya untuk menjatuhkan orang lain. Namun, saya tak nafikan perbezaan ada baiknya. Bila berlakunya perbezaan disekeliling kita membuatkan kita semangat untuk tidak mahu sentiasa berada dibawah ia memberikan kesan positif dalam diri. Bukan itu saja, perbezaan juga banyak jenis beza. Contoh yang saya boleh saya bagi beza antara kaya harta atau ilmu.

Kita tak perlu tunjuk kelebihan kita dan membuatkan ia satu perbezaan pada orang disekeliling kita. Semata-mata untuk mereka merasa rendah diri atas kekurangan yang mereka ada? Tak salah nak tunjuk apa yang kita tahu, apa yang kita ada tapi biarlah bertempat, biarlah bercara.

Saya pernah alami keadaan yang suka dibeza-bezakan ni. Sakit hati tu tak terkatalah. Allah sajalah yang tahu. Saya hidup dalam keadaan serba kekurangan malah ilmu pun kurang. Ramai yang pandang rendah terhadap kemampuan saya. Kalau keluarga dan kawan-kawan pun memandang terhadap apa yang saya ada apatah lagi masyarakat luar. Tipu kalau saya kata saya tak putus asa. Tipu kalau saya kata saya tak tersinggung dalam perbezaan yang diberi terhadap saya. Saya tak boleh nak buat apa?? Disebabkan saya sentiasa dibeza-bezakan saya terasa ingin berseorangan. Taknak bercakap dengan orang. Malu nak bertanya.

Saya berada dalam keadaan itu terlalu lama sehigga saya sendiri sudah bosan. Sampai bila nak mengharapkan takdir? Sampai bila nak mengadu nasib?? Saya bertekad tidak akan begini lagi. Saya takkan benarkan sesiapa rampas kegembiraan yang Allah bagi kepada saya. Saya takkan jadi bodoh dan diketawakan sampai bila-bila. Saya takkan puas hati pada diri sendiri kalau apa yang saya buat tidak mencapai apa yang saya nak. Saya takkan putus asa sampai orang akan pandang pada penghasilan apa yang saya buat.

Akhirnya, saya berjaya. :)  . Tapi saya takkan berhenti di sini. Saya akan terus mencari ilmu yang ada, harta yang cukup untuk kehidupan saya. Saya sudah pernah jatuh dan pernah bangun. Itu adat bagi kehidupan yang berakal macam kita ni. Jangan merendahkan diri sendiri. Setiap manusia itu diberi kelebihan yang berbeza-beza. Cari kelebihan tu. Apa yang penting kita letakkan kepercayaan pada siapa yang cipta kita. InsyaAllah, pasti ada jalannya.

Cukuplah takat ni. Saya tidur dulu. :) . Esok kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment