Aku semakin membesar, bila berada sekolah menengah, aku hilang punca, aku lost, aku tak tahu mana harus aku pilih, baik atau buruk, harus banggakan mak atau malukannya, masa tu sangat memberontak. Memberontak tu bukan sebab tak dapat apa yang nak, tapi cuma nak perhatian, cuma nak bagi tahu apa yang rasa dalam hati, cuma nak cakap rindu ayah, tapi tak kesampaian, masa sekolah menengah dulu tah mana hala berkawan, akademik merosot, ponteng kelas, lawan cikgu, ntah la nak cakap, malu kan mak lagi, macam macam kes buat. Patutnya perempuan sopan santun , lemah lembut, pandai bawa diri, ni tak. Hhmm, cuma nak satu je,perih dalam hati nak cakap cuma nak perhatian je.
Lama lama, aku makin membesar, baru aku sedar, apa yang diajar, apa yang diberi, apa yang didenda, semua kerana apa yang akan aku jadi sekarang. Aku lebih berdikari dalam kehidupan, tak perlu meminta minta, aku matang dalam menyelesaikan masalah, aku bijak dalam buat keputusan, aku tahu mana yang adil dan tidak, aku pandai dalam menjaga persaaan dan memujuk hati, aku berani suarakan pendapat dan menyimpan rahsia. aku tahu kehidupan susah aku mengajar aku banyak benda dalam keadaan aku membesar. Aku membesar pada asalnya yang aku rasa mereka tak sayangkan aku dan sekarang aku bersyukur dengan denda pukulan marahan mereka terhadap aku sangat berguna hingga sekarang.
Aku semakin membesar, kini aku berumur 20 an, dan aku sedang belajar untuk menjadi insan yang berbakti kepada negara, dan menjadi anak yang membanggakan mak dan keluargaku, yang akan menjadi contoh pada anak-anakku, bahawa "KEGAGALAN YANG DULU, KEJAHATAN YANG DIBUAT, BUKAN UNTUK SELAMANYA"
Pasti ada satu hari nanti saat kita menangis dan bersyukur atas kejatuhan kita, cuma aku semakin membesar dan aku masih mahukan perhatian mereka. Selalu duduk kat tingkap bilik kolej aku ni, selalu fikir apa yang aku lakukan masa dulu, dan apa yang aku belajar tentang itu, kadang kadang aku nangis, aku tak sedar semua tu yang membuat kan aku membesar . Cepatnya YA ALLAH masa berlalu.
Dan aku semakin membesar, saat ni aku belajar untuk tahu kepercayaan pada kawan, yang mana satu sahabat dan aku belajar untuk buang sifat iri hati , hasat dengki, dan suburkan perasaan kasih sayang, dan sebarkan kebahagian diri pada orang lain, lukiskan senyuman walaupun hati disakiti, kecekalan pada hati, dan niat sebenar untuk kehidupan,pertama letak ALLAH, dan berikutnya. Aku belajar untuk percaya setiap manusia ada pasangannya, dan aku pernah kecewa dulu, dan aku digantikan dengan lelaki yang baik hatinya, lembut percakapnnya, dan garang tegas perilakunya, terima kasih berada di sisi aku, harap kau berada waktu susah senang kita,Haf-yana.
Dan sekarang Aku SEDANG MEMBESAR, Aku masih mencari erti sebenar kehidupan, aku masih belajar untuk hidup ke arah jalan Allah, aku masih berdoa agar aku diberi kekuatan dan keimanan dalam hati aku untuk aku berubah kearah kebaikan, aku masih berjalan dengan berpimpinkan tangan tangan, dan ada yang berada dibelakang ku jika aku jatuh. Terima kasih semuanya, yang pernah datang dalam hidup ini, dan yang pernah pergi, semua itu telah membuatkan aku kuat. Terima kasih pada yang masih berada di sisi, terima kasih mak, abang abang, dan awak juga,
Nasihat untuk adikku yang kini membesar, belajar la untuk hidup susah, suapay senang untuk didik isteri dan anak anak, mungkin bukan sekarang hikmahnya, nanti pasti datang. Belajar hidup besyukur, belajar hidup bagaimana mahu menjaga perasaan sendiri tanpa susah kan orang lain. Sayang semua. Rindu. ❤️
No comments:
Post a Comment