Saturday, November 28, 2015

MASA

Masa. Kehidupan terlalu singkat untuk memikirkan apa orang kata apa orang fikir tentang kita , apa akibatnya, bagaimana masa depan kita. Kehidupan terlalu pendek untuk fikirkan kesedihan yang lalu, zaman silam yang jahil, perbuatan jahat yang kita lakukan. Namun semua itu dimanipulasi oleh MASA. Masa yang mengajar kita untuk lebih tabah lebih kuat lebih sabar lebih matang dalam setiap langkah yang diatur oleh MASA. 

Aku sedang mengemas barang untuk pulang. Masa menunjukkan aku sudah habis satu semester. Masa cuba memberitahu bahawa aku ada lagi di sini dua tahun setengah lagi. Masa cuba bercakap bahawa ingatlah apa yang jadi pada semester ini keadaan yang lepas jadikan pengajaran. Sedang sedang kemas , aku buka satu persatu gambar yang ku tampal di dinding, penguat semangat aku. Senyuman yang manis, mata yang seakan akan melihat aku. "Ayah, anak perempuan ayah dah besar oleh kerana mada" . 

Kita tak sedar pun masa berlalu, seakan aku daftar masuk di sini baru semalam. Tapi dah banyak kenangan aku cipta. Di tempat baru, orang baru, keadaan baru,dan kehidupan baru. Semua kerana masa. Masa yang aku penuhk hanya gelak tawa , prngalaman yang indah yang kelakar, yang boleh buat aku ketawa. Cepat MASA berputar.

Aku di sini masih berdiri sambil tersenyum mengejar masa, menanti masa dengan senyum tawa aku untuk orang orang yang aku sayang. Aku selitkan sedikit kenangan pahit agar aku bisa belajar dari kesilapan itu. Tak banyak yang perlu aku katakan, pada yang bercuti selamat bercuti,  pada yang bekerja teruskan bekerja. Pada yang belajar, capai cita cita mu.

Tak boleh update bebanyak lelama, tengah kemas barang nak balik nak jumpe mak. Hahahah bai. ❤️

No comments:

Post a Comment